Review Set Bersalin Amway Tropical Herbs | UmmiDaddy

Review Set Bersalin Amway Tropical Herbs

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Pengalaman Menggunakan Set Bersalin Amway Tropical Herbs

Set Bersalin Amway Tropical Herbs

Kenapa saya suka sangat-sangat dengan Set Bersalin Amway Tropical Herbs ni?

Saya menggunakan Set Bersalin Amway Tropical Herbs ni dari anak no 1 (2007) hingga anak ke-4 (2015). Apa yang best sangat, sehinggakan saya begitu setia dan tak beli set bersalin lain yang ada di pasaran luar?
Secara peribadi, saya suka gunakan Set Bersalin Amway Tropical Herbs ni sebab ianya sangat LENGKAP untuk tempoh berpantang 44 hari. Ia mempunyai set penjagaan bahagian LUARAN & DALAMAN dan yang penting sekali, harganya MAMPU MILIK.  Ye laaa.. dalam keadaan kita sedang dihimpit dengan pelbagai masalah cukai-cukai dan nilai ringgit yang makin merosot ni, pemilihan produk yang terbaik, lengkap dan mampu milik sangat-sangat penting.

Lagi satu, bila dah beli set lengkap ni, saya dah tak perlu pening kepala nak pilih-pilih yang lain dah. Yang penting, cuma perlu rajin dan istiqamah dalam penggunaannya.

Bengkung Bersalin Amway - Set Bersalin Amway Tropical Herbs

Set Bersalin Amway Tropical Herbs ni mengandungi 11 items, untuk makan, untuk sapuan luaran, untuk mandian dan disertakan juga dengan buku panduan yang terperinci.  Dan yang paling BEST BEST BEST sekali.. kita dapat Bengkung Eksklusif Amway ZigZag yang lebar & labuh FREE.. FREE.. FREE..  Kalau kat luar, bengkung camni harganya dalam RM75 tau.. Dengan Set Bersalin Amway Tropical Herbs ni, kita dapat FREE. Dah jimat RM75.

Ramai customer yang PM dan WhatsApp saya bertanya, ada tak jual bengkung Amway ni secara asing? Bengkung ni memang dibuat secara eksklusif untuk pembelian Set Bersalin Amway Tropical Herbs sahaja.  Maaf sangat-sangat ya dek non. Memang akak tak dapat nak tolong.

.

Jom kita tengok satu per satu item Set Bersalin Amway Tropical Herbs ni dan cara penggunaannya.

Untuk Di Makan Tanpa Was-was (Ada KKM Lagi Tau)

1. Teh herba (MAL 11030061T)

Teh herba ni dalam bentuk uncang, macam Lipton. Senang kita nak bancuh. Kita campurkan dengan air panas. Saya campurkan sekali dengan madu, kasi sedap sikit. Saya biasanya akan minum teh herba ni berkali-kali. Bila habis je air, saya tambah lagi, sampai la dah takde rasa herba.. hehehe..

Teh Herba ni,  elok untuk membersihkan darah beku / darah nifas dan mempercepatkan proses penyembuhan jahitan.  Macam saya bersalin normal. Rasanya luka jahitan saya cepat sembuh dan takda kena jangkitan kuman.

Teh herba ni membantu menguatkan badan dan melancarkan peredaran darah bagi ibu-ibu yang baru bersalin. Kita akan mula minum teh herba ni pada hari ke-5 hingga ke-10 selepas bersalin.

2. Herba Lepas Bersalin 1 (MAL20020779T)

Herba ni kiranya macam jamu, tapi telah dimodenkan dalam bentuk kapsul.  Senang tak payah rebus-rebus air akar kayu dan minum air akar kayu yang pahit-pahit tu.  Telan jer kapsul tu. Kapsul Herba Lepas Bersalin 1 ni untuk memulihkan tenaga ibu lepas bersalin dan menggalakkan pengeluaran susu ibu.

Maklumlah, proses bersalin adalah satu proses yang kompleks dan kita pakai tenaga yang sangat banyak sewaktu melahirkan anak. Jadi waktu berpantang ni, adalah proses pemulihan tenaga untuk ibu bersalin. Kita mula makan hari ke-10 hingga ke-25, selepas habis teh herba.

3. Herba Lepas Bersalin 2 (MAL20021282T)

Kapsul Herba Lepas Bersalin 2 ni pulak untuk membantu mengecutkan rahim dan otot vigina.  Ianya juga membantu kita untuk mendapatkan bentuk badan asal sebelum kita mengandung dulu.  Bermula hari ke-25 hingga hari terakhir pantang, hari ke-44.

Saya sewaktu mengandung berat naik dari 65kg ke 85kg. Anak-anak semuanya berat 3.17kg ke atas. Anak kedua, berat masa lahir 3.71kg. Disebabkan rangka badan yang besar dan tinggi, bila berat naik ke 85kg, rasanya macam king konglah. Kalau berjalan masa mengandung tu, tergesel-gesel peha. Memang rimas sangatlah.

Tapi Alhamdulillah, untuk ke-empat-empat anak, semuanya saya exclusive breastfeed. Anak yang sulung jaa, ada campur susu formula, sebab masa tu, takdak pengalaman nak susukan baby. Penat rupanya susukan baby ni tau. (Ni nanti saya cerita kat post lain). Bila kita berpantang secara betul, berbengkung dan susukan baby, berat badan kita memang boleh cepat turun. Tak perlu kita susah payah nak diet bagai. Insya Allah, boleh turun. Saya ambil masa 6 bulan untuk dapatkan berat saya 65kg tu.

Lagi satu yang membuatkan saya yakin untuk makan jamu / pil herba ni kerana ianya dikeluarkan oleh pengeluar yang berpengalaman luas dalam mengeluarkan produk ‘herbal-based’. Pengeluar telah memenuhi syarat Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan/Drug Control Authority (BPFK/DCA) dan memenuhi kriteria sebagai Good Manufacturing Practice (GMP).  Setiap produk ini disertakan dengan no MAL sekali ya ibu-ibu.  Jadi, ibu-ibu boleh makan herba Set Bersalin Amway Tropical Herbs ni tanpa was-was. Maklumlah, benda buat makan ni, herba pulak tu, biasanya kita banyak tanya kan? Mana boleh makan sembarangan, ye tak?

Ramai jugak yang tanya, kalau anak saya kena kuning, boleh makan ke jamu / pil herba ni? Ye lah, setiap orang kan lain-lain. Kalau baby kena kuning, stop dulu pengambilan jamu / pil herba ni. Bila baby dah OK, boleh sambung semula, walaupon dah habis waktu berpantang, sebab pil herba ni memang sangat bagus tau. Kalau dekat luar, teh dan pil herba untuk cukupkan 44 hari berpantang harga asing pon dah boleh cecah harga RM200.

Saya personally masa makan pil herba ni kena minum air yang banyak, sebab jamu/herbakan sifatnya panas. Bila kita makan jamu, kita kena tengok penerimaan baby kita. Petua dari mak bidan, kalau nambak baby bertaik mata, maksudnya panaslah tu. Kita kena minum banyak air. Alhamdulillah, masa dalam pantang, baby saya takde kena kuning.

.

Untuk Kegunaan Luaran (Waktu Mandi)

.

4.  Herba Pembersih Wanita

Herba ni dalam bentuk uncang.  Bau herba yang wangi, mengandungi tanin yang mana membantu melegakan dan menghilangkan bau yang tak best pada vagina.  Ia juga membantu mengecutkan tisu pada vigina & mempercepatkan proses penyembuhan.  Kalau orang tua-tua dulu, mereka akan rebus pinang dan kita akan rendamkan vagina dalam air rebusan tu.  Sekarang tak payah susah-susah, rebus jer Herba Pembersih Wanita dari Set Bersalin Amway Tropical Herbs ni. Tak perlu beli feminine wash lagi dah.  Feminine Wash pun harga pasaran dalam RM40 – RM50 sebotol.

.

Cara Penyediaan : Rebuskan uncang herba dalam 15 minit.  Bila dah suam, masukkan dalam besen, letak kat mangkuk tandas, duduk dalam air rebusan tu sambil rendamkan vagina.  Memang lega sangat-sangat. Bau herba pon wangi jer. Biasanya saya akan minta suami masak lebih. Yang semalam-semalam punya, saya sekalikan jugak, biar banyak. Jadi, bila buang air, saya akan cebok guna air herba pembersih ni.

.

5.  Herba Mandian

Herba ni juga dalam bentuk uncang.  Herba yang ada campuran Turmeric domestica (kunyit) dan Curcuma xanthorrhiza (temulawak) membantu melegakan masalah kulit seperti ruam-ruam.  Air mandian herba ni mempunyai ciri merehatkan.  Lepas mandi rasa segar dan ianya membantu melegakan otot yang letih serta sakit sewaktu proses bersalin dan berpantang.

.

Cara Penyediaan : Rebuskan uncang herba dalam periuk dalam 15 minit.  Dah tu tuang dalam baldi, campurkan lagi air sampai suam.  Mandi dari kepala ke kaki.  (Masa saya berpantang, tak basuhkan rambut setiap hari.  Dari leher ke kaki jer). Waktu ni, bilik air bau wangi jer dengan bau herba ni. Fresh kepala otak saya rasa.

.

Biasanya untuk kedua-dua uncang herba ni, che suami akan tolong rebuskan sebelah pagi dan sebelah petang. Memang akan nampak macam renyah, tapi untuk kesihatan hari-hari mendatangkan.

.

Untuk Kegunaan Luaran (Selepas Mandi)

 

6.  Campuran Penghangat Badan (Param)  – Sachet Hijau

Orang Melayu/Jawa panggil campuran ni Param.  Ianya berfungsi untuk menghangatkan badan, terutama bahagian tangan dan kaki.  Param ni menggalakkan pengaliran darah ke kulit dan melegakan kesan pembendungan air.

Cara Penyediaan : Campurkan dengan air suam dan sapukan pada seluruh badan kecuali bahagian muka, payudara, perut & vagina.  Biasanya saya akan pakai selepas mandi.  Sapu masa kat dalam bilik air.  Pakai dalam 2 – 3 jam.. lepas tu bersihkan.

.

7.  Campuran Penenang (Pilis) – Sachet Silver

Pilis berfungsi untuk memberi kelegaan pada bahagian dahi.  Ianya sangat berguna untuk ibu-ibu yang mudah sakit kepala akibat kurang tidur dan letih menjalani tempoh berpantang dan menjaga bayi baru lahir.

Cara Penyediaan :  Campurkan dengan air suam dan sapukan pes pada bahagian dahi, elakkan kawasan mata.  Bila dah kering, bersihkan.  Pastikan juga sewaktu susukan bayi, jangan kena campuran pilis ni (Bahagian mata bayi).  Dah kering (lebih kurang 30 minit – 1 jam, terus bersihkan)

.

8.  Campuran Peramping Perut (Tapel) – Sachet Kuning

Tapel berfungsi untuk memejalkan dan menguatkan otot-otot bahagian abdomen. Ianya bertujuan mengetatkan bahagian perut yang menggelebeh akibat mengandung.  Campuran pelbagai jenis herba dan tanah liat, serta perahan air limau nipis ini membantu memejalkan kulit bahagian perut, menghilangkan parut dan tompok-tompok hitam yang biasanya muncul dikawasan perit apabila ia mengecut.

.

Cara Penyediaan : Campurkan dengan air suam dan sapukan pes pada kawasan perut.  Tutupkan dengan kain nipis dan pakai bengkung untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.  Kalau bersalin secara pembedahan, campuran peramping ini tidak boleh digunakan sehinggalah jahitan sembuh.

Saya memang pakai bengkung sebelah siang dan malam. Bila pakai bengkung ni, badan rasa tegap je, mudah nak susukan baby. Takdelaa rasa sakit belalng.. Makan pon tak banyak, tapi selalu, sebab perut pon rasa “kejap”. Kena selalu makan sikit-sikit sebab kita susukan baby ni, perut cepat lapar.

.

Keistimewaan Param, Pilis dan Tapel dari Set Bersalin Amway Tropical Herbs ini ianya telah disukat untuk kegunaan sehari.  Ia dibungkus di dalam bentuk sachet untuk memudahkan ibu-ibu menggunakannya.  Tak payah sukat-sukat, agak-agak.  Lebih praktikal penggunaannya.

.

Untuk Kegunaan Luaran (Sapuan)

 

9.  Minyak Urut Herba

Minyak urut herba ini berfungsi sebagai menyingkirkan angin, merangsang peredaran darah, menghangatkan badan dan aromanya yang harum membantu kita merehatkan diri.  Tuangkan minyak pada tapak tangan, gosok-gosok dan urutkan pada badan. Kita boleh nampak akar-akar kayu dalam botol minyak urut herba ni.

.

10.  Minyak bayi

Minyak bayi dari Set Bersalin Amway Tropical Herbs ni memang best sangat.  Berkesan untuk melegakan angin dan kembung perut bayi.  Ianya tidak mengandungi mentol tiruan, metil salisilat dan kamfor,  dan ianya selamat untuk kegunaan bayi yang kita tahu, kulit mereka sangat-sangat sensitif.

Ianya diperbuat dari campuran minyak pati bergred tinggi, iaitu Minyak Pudina, Minyak Kayu Putih, Buah Pala, Minyak Kelapa Afrika dan Bunga Cengkih. Gunakan setiap hari untuk melegakan bayi, bermula usia bayi 7 hari.  Elak terkena bahagian mata dan alat sulit bayi.

.

Hoyehhhhh… Cukup 10 items Set Bersalin Amway Tropical Herbs + FREE 1 bengkung.  Total semuanya 11 item yang kita akan terima.

.

  1. Teh Herba – 10 uncang
  2. Herba Lepas Bersalin 1 – 60pcs kapsul sayuran
  3. Herba Lepas Bersalin 2 – 80 pcs kapsul sayuran
  4. Herba Pembersih Wanita – 20 uncang
  5. Herba Mandian – 20 uncang
  6. Campuran Peramping Perut – Tapel – 20 sachet
  7. Campuran Penghangat – Param – 15 sachet
  8. Campuran Penenang – Pilis –  15 sachet
  9. Minyak urut herba –  60ml
  10. Minyak Bayi – 60 ml
  11. FREE Bengkung Eksklusif yang bernilai RM75
  12. Carta jadual dan cara penggunaan setiap items sepanjang 44 hari berpantang supaya kita tak teragak-agak bila nak guna dan cara penyediaan setiap item.

.

Set Bersalin Amway Tropical Herbs Ni Sangat Sesuai Untuk

  • Anda yang rajin dan berdisiplin.  Set bersalin Amway Tropical Herbs ni serba lengkap.  Set bersalin terbaik laa katakan.  Semua items untuk luaran & dalaman ada.  Sangat bertepatan dengan anda yang rajin dan berdisiplin untuk habiskan semua items yang disediakan.
  • Anda yang mahu kurus.  Ikut pengalaman saya yang gunakan set bersalin Amway Tropical Herbs ni dari anak no 1 – no 4, berpantang betul-betul, dan pakai bengkung semasa berpantang, dan menyusukan baby (fully breastfeed), saya dapat berat badan ideal saya semula dalam masa 6 bulan.  Masa mengandung, berat saya mencapai 85kg, pertambahan sebanyak 20kg.  Selepas habis berpantang, berat saya turun dalam 70kg – 73kg dan selepas 6 bulan melahirkan anak, berat saya kembali  asal dalam 60kg – 65kg.  Penting, amalkan pemakanan yang sihat.
  •  Anda yang ambil berat pasal herba lulusan KKM.  Herba untuk makan dan minum, semuanya lulus KKM dengan cemerlang.  Anda boleh makan tanpa was-was.
  • Anda yang bercita-cita nak fully breastfeed baby.  Herba Lepas Bersalin 1 akan membantu memperbanyakkan susu ibu.  Insya Allah, meriah susu ibu. 
  • Anda takut telan jamu yang pahit.  Hihihi.. Anda boleh makan herba yang telah dikapsulkan ni.  Senang, telan jaaa.. khasiat jamu pon dapat.  Saya makan jamu untuk anak no 1 – 4, Alhamdulillah, anak saya takde kena kuning walaupon saya berdarah “O”.  Orang kata, kalau darah “O”, anak senang kena kuning.  Anak-anak saya Alhamdulillah tak kena.  Kalau anda ambil herba ni, dan baby kena kuning, kena stop dulu ya.  Dan elok dari kuning, baru teruskan semula.
  • Anda yang pentingkan sesuatu yang praktikal.  Since semua herba mandian dan sapuan dalam bentuk uncang dan sachet, sangat-sangat membantu anda dalam proses penyediaan sebab dah siap disukat.  1 hari, 1 sachet dan sangat hygienic.
  • Anda pentingkan kesihatan baby anda.  Bukan main selamba sapu jer sebarang minyak angin pada baby yang berkulit sensitif.

Berminat nak dapatkan Set Bersalin Amway Tropical Herbs ni?

Kepada yang berminat nak dapatkan Set Bersalin Amway Tropical Herbs ni, boleh terus WhatsApp saya +6011.2072.3660. Yang ada di sekitar Shah Alam, boleh self pick-up. Kalau yang jauh, kami akan post ya. Total berat set bersalin ni, dalam 3kg jugaklah. Biasa kami akan post guna KTMD Courier, murah dan pantas.

Kalau nak brochure set bersalin ni, boleh download kat sini dulu.

Facebook Comments

Leave a Reply